Last Updated on November 10, 2021 by Chin Yi Xuan

Anda nak mula melabur dalam pasaran saham di Malaysia?

Aspek yang paling penting sebelum anda bermula melabur saham di Malaysia adalah untuk membuka akaun CDS dan akaun perdagangan saham anda.

Sebenarnya, pembukaan akaun CDS dan akaun saham di Malaysia adalah senang & ringkas. Dalam artikel ini, fahami perkara penting yang anda kena tahu sebelum membuka akaun perdagangan saham di Malaysia seperti pemilihan Akaun CDS and Broker Saham, dan panduan ‘step-by-step’ dalam proses pembukaan akaun!

p

Langkah 1: Putuskan sama ada anda hendak membuka akaun ‘Direct CDS’ atau ‘Nominee CDS’

Akaun ‘Central Depository System’ (CDS) adalah akaun yang merekodkan hak milik saham dan sejarah transaksi anda dalam pembelian and penjualan saham. Secara ringkasnya, anda boleh kaitkan akaun CDS seperti ‘security box’ yang menjaga keselamatan saham anda.

Sebelum membuka akaun CDS, ada 3 perkara yang anda perlu tahu:

  1. Anda perlu berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun CDS.
    p
  2. Caj RM10 dikenakan untuk pembukaan akaun CDS. Namun, broker saham seperti Rakuten Trade menampung caj tersebut untuk pengguna. 
    p
  3. Broker saham akan membuka akaun CDS secara serentak untuk anda semasa anda mendaftar untuk akaun perdagangan saham. Dalam ayat lain, anda tidak perlu membuka akaun CDS secara berasingan.

Terdapat 2 jenis akaun CDS, iaitu Direct CDS dan Nominee CDS. Bezanya adalah seperti berikut:

p

 Direct CDSNominee CDS
Nama pemegang akaunPemegang Saham (Mr./Ms.)Broker (eg. Rakuten Trade Nominees for Mr./Ms.)
Pendaftaran untuk melabur dalam IPOBolehTidak Boleh
Pembayaran DividenKredit ke akaun bank andaKredit ke akaun perdagangan saham anda
Kertas kerja untuk corporate action (eg. Rights Issue, Dividen)Diuruskan oleh pemegang sahamDiuruskan oleh broker bagi pihak pemegang saham. Biasanya caj servis dikenakan*.

[*Percuma di Rakuten Trade]
Laporan tahunan & Koupon DividenAkan dikirim oleh RegistrarTidak akan dikirim oleh Registrar

[Laporan tahunan boleh dimuat turun dengan senang dari laman web Bursa Malaysia]
Kelayakan untuk menghadiri AGMBolehBoleh, dengan surat dari broker
Shares TransferSaham boleh dipindahkan ke akaun keluarga andaSaham hanya boleh dipindahkan ke akaun sendiri

p

Akaun CDS mana yang lebih baik? Direct CDS atau Nominee CDS?

Secara amnya, pilihan sama ada untuk membuka akaun Direct CDS atau Nominee CDS tiada beza dan impak besar dalam proses pelaburan anda.

Namun, jika anda baru nak bermula untuk melabur saham, cadangan saya adalah untuk membuka akaun Nominee CDS, khususnya Rakuten Trade, kerana:

  • Kemudahan Nominee CDS: Broker saham anda akan menguruskan semua ‘paperwork’ bagi pihak anda dalam ‘corporate action’ seperti pembayaran dividen dan rights issue.Bagi saya, ini adalah kemudahan yang besar sebab paperwork boleh merupakan sesuatu yang lebih rumit untuk pelabur yang baru atau kurang pengalaman.
    p
  • Biasanya, sesetengah broker saham yang menawarkan akaun CDS Nominee mengenakan caj pengurusan. Tapi, ianya percuma di Rakuten Trade (betul tiada caj!).

Tapi, satu perkara yang anda kena tahu mengenai akaun Nominee CDS ialah pelabur yang menggunakan akaun Nominee CDS tidak boleh mendaftar untuk Initial Public Offering (IPO), iaitu syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.

Walaupun demikian, saya tidak rasa ini perkara yang membawa impak besar sebab kebanyakan pelabur seharusnya fokus pada syarikat yang mempunyai ‘track record’ yang lebih panjang.p

Rakuten Trade Nominee CDS vs Akaun Nominee CDS Biasa

Penting: Bukan semua akaun Nominee CDS direka sama antara satu sama lain! Bagi saya, daripada Nominee CDS yang ditawarkan oleh broker-broker saham di Malaysia, saya menggunakan akaun Nominee CDS dari Rakuten Trade kerana:

p

 Akaun Nominee CDS Rakuten TradeAkaun Nominee CDS Biasa
Caj Pengurusan Corporate Action (eg. Rights Issue, Dividen)PercumaDikenakan
Shares TransferSaham juga boleh dipindahkan ke akaun keluarga anda selain daripada akaun sendiriSaham hanya boleh dipindahkan ke akaun sendiri
Kelayakan untuk menghadiri AGMBoleh. Prosesnya ringkas, iaitu hanya dengan email-kan permintaan anda ke customer service Rakuten Trade 10 hari sebelum tarikh AGM. Boleh, dengan surat dari broker saham.
Caj Pembukaan Akaun CDSPercumaRM10

p

BACA: Review Pengguna Jangka Panjang Rakuten Trade: 5 Sebab Kenapa ia merupakan broker saham pilihan saya

Referral Link EXCLUSIF: Gunakan referral link saya untuk buka akaun Rakuten Trade anda hari ini, dan terima 500 Rakuten Trade (RT) Points (bernilai RM5) yang anda boleh gunakan sebagai rebat untuk caj broker semasa melabur!  

Buka Akaun Rakuten Trade Anda Hari Ini!

p

Langkah 2: Pilih Broker Saham anda

Setakat ini, saya rasa anda dah faham apa tu akaun CDS. Sekarang, kita kena tentukan broker saham yang kita ingin guna untuk membuka akaun perdagangan saham.

Secara ringkasnya, broker saham menyediakan platfom untuk memudahkan para pelabur membeli dan menjual saham.

Ingat: Bila anda mendaftar untuk akaun perdagangan anda, broker saham akan membuka akaun CDS secara serentak bagi pihak anda. Jadi, apa yang penting ialah untuk memilih broker saham yang dipercayai.

Dalam pemilihan broker saham, terdapat 2 pertimbangan yang anda kena lakukan, iaitu (1) caj brokerage (atau komisen), dan (2) sama ada anda hendak membuka akaun Cash Upfront atau akaun Margin/Contra.

(1) Perbandingan Komisen Broker Saham di Malaysia

Komisen yang dicaj oleh broker saham merupakan pertimbangan yang penting, terutamanya untuk para pelabur yang mempunyai saiz kapital yang kecil:

Nilai transaksi & Komisen < RM1,000 RM1,000 – 10,000 RM10,000 – 50,000 RM50,000 – 100,000
Rakuten Trade RM7 RM9 0.10% 0.10%
M+ Silver Cash Upfront Account 0.08%/RM8, yang mana lebih tinggi 0.05%
Hong Leong HLE Value Trade Account 0.10%/RM8, yang mana lebih tinggi
Maybank 0.42%/RM12, yang mana lebih tinggi
UOB UTrade 0.42%/RM28, yang mana lebih tinggi
CIMB Clicks Trader

0.0388%/RM8.88, yang mana lebih tinggi

p
Dari perbandingan di atas, adalah jelas bahawa broker-broker saham mempunyai komisen yang berbeza. Sebagai contoh, katakan saya membeli 100 unit saham pada RM1.00/unit:

  • Maybank Investment Account (0.42% or RM12, yang mana lebih tinggi): Jumlah Komisen = RM100 + RM12 = RM112
    p
  • Rakuten Trade (0.1% or RM7): Jumlah Komisen = RM100 + RM7 = RM107

Selain itu, apa yang anda kena faham ialah komisen ini dicaj 2 kali dalam proses transaksi saham: sewaktu pembelian DAN penjualan saham. Jelasnya, adalah penting bagi pelabur untuk memilih broker saham yang menawarkan komisen yang berpatutan!

TERKINI: Dapatkan rebat untuk komisen di Rakuten Trade! Klik SINI untuk maklumat lanjut.

p

(2) Akaun Cash Upfront atau Akaun Margin/Contra

Seterusnya, timbangkan sama ada anda hendak membuka akaun ‘Cash Upfront’ atau akaun ‘Margin/Contra’.

Ringkasnya, akaun Cash Upfront adalah akaun di mana anda hanya melabur dengan kapital yang dideposit dalam akaun anda. (macam kad prepaid)

Sebagai perbandingan, akaun Margin membolehkan pelabur untuk membeli saham dengan nilai lebih daripada jumlah kapital dalam akaun. Dalam kata lain, broker saham anda meminjam wang kepada anda untuk melabur melebihi saiz kapital anda. (ie. Invest in Margin)

Dengan membeli saham melalui akaun Margin, keuntungan pelabur akan berganda sewaktu harga saham menaik. Akan tetapi, kerugian juga akan berganda sewaktu harga saham jatuh.

Cadangan saya: Elakkan melabur melalui akaun Margin, terutamanya pelabur yang baru atau kekurangan pengalaman.

BACA: Apakah perbezaan antara akaun Cash Upfront dan akaun Margin?

p

Panduan Pembukaan Akan Perdagangan Saham dengan Rakuten Trade secara Online

Rakuten Trade merupakan ‘joint venture’ antara Kenanga Investment Bank (Malaysia) dan Rakuten Securities (Jepun) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Securiti Malaysia. Ia merupakan broker saham pilihan saya sebagai seorang pelabur di pasaran saham Malaysia.

Jom fahami Rakuten Trade dengan lebih lanjut:

#1 Salah satu broker saham yang menawarkan komisen yang paling rendah

Rakuten Trade menawarkan komisen yang amat berpatutan apabila dibanding dengan kebanyakan broker saham di Malaysia. Oleh sebab itu, Rakuten Trade merupakan pilihan yang rasional untuk pelabur baru dan berpengalaman.

p

Nilai TransaksiKomisen
< RM1,000RM7 bayaran tetap
RM1,000 hingga RM9,999RM9 bayaran tetap
RM10,000 hingga RM99,9990.10%
> RM100,000RM100 bayaran tetap

p

#2 Proses Pembukaan Akaun yang Ringkas & Senang

Rakuten Trade adalah broker saham pertama di Malaysia yang menawarkan pembukaan akaun secara online.

Ia hanya mengambil 15 minit untuk mendaftar akaun baru melalui Rakuten Trade. Yang best sekali, pendaftaran anda diproses dengan cepat dan anda boleh mula melabur lepas tu.

Ingat: Rakuten Trade merupakan akaun Nominee CDS. Maksudnya, pelabur tidak perlu menangani ‘paperwork’ dalam seluruh proses pelaburan.

p

Panduan ‘Step-by-Step’ untuk membuka akaun Rakuten Trade (Cash Upfront Account)

Step 1 Rakuten Trade Registration
Langkah 1- 3 Pendaftaran Rakuten Trade

Langkah 1: Klik link di bawah untuk membuka page pendaftaran Rakuten Trade. Dalam ‘Account Type’, pilih ‘Cash Upfront’. 

Buka Akaun Rakuten Trade Anda Hari Ini!

p

Langkah 2: Masukkan Nama, IC dan maklumat Warganegara.

Langkah 3: Muat naik foto IC anda (depan & belakang)

Select 'NoMoneyLah' under 'Educator' to get your RT points!
Di bawah ‘Educator’, pilih ‘NoMoneyLah’ untuk dapatkan 500 RT points PERCUMA!

Ingat: Pilih ‘NoMoneyLah’ di bawah ‘Educator’, dan anda akan mendapat 500 Rakuten Trade (RT) Points PERCUMA (bernilai RM5), di mana ia boleh diggunakan sebagai rebat komisen, atau ditukar kepada Big Points atau Boost Coins!

Langkah 4: Masukkan Contact, Email, Username dan Security Question.

Langkah 5: Sebagai langkah keselamatan, anda kena mencipta ‘trading pin’ 6-angka untuk meluluskan sebarang transaksi saham. Pin ini PENTING sebab anda perlu masukkan pin untuk semua transaksi saham di Rakuten Trade!

Langkah 6: Masukkan maklumat persendirian untuk seksyen seterusnya.

Langkah 7: Masukkan maklumat perbankan anda dan upload penyata bank sebagai bukti.

Langkah 8: Bayar RM10 sebagai caj pembukaan akaun CDS. (Percuma untuk pengguna Rakuten Trade pada masa ini)

Langkah 9: Anda akan menerima email dan anda diperlukan untuk membuat verifikasi untuk email anda.

Langkah 10: Siap! Anda akan menerima notifikasi apabila akaun Rakuten Trade anda diluluskan. Seterusnya, anda boleh mula menambah dana dalam akaun Rakuten Trade dan mula belabur!

p

Kesimpulannya…

Pilihan platfom broker saham yang dipercayai adalah penting sekali untuk setiap pelabur. Sebagai pengguna Rakuten Trade, saya boleh mengesyorkan Rakuten Trade dengan yakin disebabkan applikasi yang mudah dan platfom pelaburan yang ‘user-friendly’.

  • Suka artikel ini dan nak buka akaun Rakuten Trade? Gunakan ‘referral link’ saya (atau masukkan ‘NoMoneyLah’ di bawah ‘Educator’ sewaktu anda mendaftar)! Dapatkan 500 Rakuten Trade (RT) Points (bernilai RM5) yang anda boleh gunakan sebagai rebat untuk caj broker semasa melabur!    

Buka Akaun Rakuten Trade Anda Hari Ini!


ANDA MUNGKIN BERMINAT:

(1) How to Make Your First Trade Using Rakuten Trade?

(2) Have a question about Rakuten Trade? Click HERE to get your solution!

(3) 4 Powerful Features on Rakuten Trade that’ll help you invest better!

(4) How to create your own powerful Bursa stock screener via Rakuten Trade?

(5) NEW: Rakuten Trade Long-Term User Review: 5 Reasons Why it is my go-to Stock Broker!